Tuesday, June 2, 2009

Beza kami dengan yang lain....

Jika dibandingkan dengan kursus praktikal yang ditawarkan oleh kami berbeza dengan kursus yang dianjurkan di tempat yang lain. Di sini,kami menawarkan praktikal dengan hanya 10% teori dan 90% lagi praktikal di ladang sebenar. Kursus ini lebih mendedahkan peserta tentang proses penghasilan cendawan serta kaedah-kaedah yang lebih efektif untuk menghasilkannya. Cendawan yang dihasilkan di sini adalah 100% organik dan tiada unsur bahan kimia. Keistimewaan lain di sini ialah dari segi bongkah yang kami hasilkan. Benih akan terus memutih sebaik sahaja dimasukkan ke dalam bongkah dan dapat menghasilkan sebanyak 9 kali tuaian.

Terdapat 3 elemen yang diterapkan disini:

1. Menawarkan pembelajaran teori sebanyak 10% dan selebihnya adalah praktikal

2. Peserta akan dihidangkan makanan yang berkonsepkan cendawan. Peserta diberi makan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, dan minum petang. Antara hidangan yang disediakan ialah

sarapan pagi - nasi lemak sambal sotong/udang cendawan, nasi goreng cendawan
minum pagi - cendawan goreng,popia dan samosa.
tengahari - nasi cendawan planta, black pepper cendawan
minum petang - sup cendawan meletup dengan roti benggali.

3. Semua peserta lepasan G.O.M.E akan diberi peluang untuk datang semula bagi membuat praktikal sendiri apa yang telah dipelajari semasa kursus dengan hanya RM 70 sahaja.Peserta akan diberi bahan dan peralatan untuk melakukan praktikal tersebut. Hasilnya, peserta akan dapat membawa pulang semua bongkah yang telah dihasilkan.