Monday, July 13, 2009

kursus praktikal cendawan.......



APA LAGI DAFTARLAH SEKARANG!!!!!!!

Tuesday, June 2, 2009

Beza kami dengan yang lain....

Jika dibandingkan dengan kursus praktikal yang ditawarkan oleh kami berbeza dengan kursus yang dianjurkan di tempat yang lain. Di sini,kami menawarkan praktikal dengan hanya 10% teori dan 90% lagi praktikal di ladang sebenar. Kursus ini lebih mendedahkan peserta tentang proses penghasilan cendawan serta kaedah-kaedah yang lebih efektif untuk menghasilkannya. Cendawan yang dihasilkan di sini adalah 100% organik dan tiada unsur bahan kimia. Keistimewaan lain di sini ialah dari segi bongkah yang kami hasilkan. Benih akan terus memutih sebaik sahaja dimasukkan ke dalam bongkah dan dapat menghasilkan sebanyak 9 kali tuaian.

Terdapat 3 elemen yang diterapkan disini:

1. Menawarkan pembelajaran teori sebanyak 10% dan selebihnya adalah praktikal

2. Peserta akan dihidangkan makanan yang berkonsepkan cendawan. Peserta diberi makan sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, dan minum petang. Antara hidangan yang disediakan ialah

sarapan pagi - nasi lemak sambal sotong/udang cendawan, nasi goreng cendawan
minum pagi - cendawan goreng,popia dan samosa.
tengahari - nasi cendawan planta, black pepper cendawan
minum petang - sup cendawan meletup dengan roti benggali.

3. Semua peserta lepasan G.O.M.E akan diberi peluang untuk datang semula bagi membuat praktikal sendiri apa yang telah dipelajari semasa kursus dengan hanya RM 70 sahaja.Peserta akan diberi bahan dan peralatan untuk melakukan praktikal tersebut. Hasilnya, peserta akan dapat membawa pulang semua bongkah yang telah dihasilkan.










Tuesday, August 5, 2008

Apa ada di CendawanLangat

Hulu Langat – Baru-baru ini, kami telah dikunjungi oleh En. Zul dari CendawanPuchong. En. Zul ini jika nak tahu merupakan network kami yang paling akrab seperti saudara sendiri. Jadi boleh dikatakan keakraban ini telus sehinggakan “Tiada Rahsia Antara Kami”. Kami saling melakukan “Benchmark” sesama sendiri bagi menigkatkan mutu dan juga kualiti beg serta cendawan kami. Hasilnya, kami dapat menghasilkan banyak teknik-teknik dan juga step-step berkesan bagaimana beg cendawan proses dan dihasilkan dengan kualiti yang baik serta effisien. Jadi secara tidak langsung hasil cendawan juga banyak, berat, tebal serta sedap dimakan.

Atas kesempatan kunjungan En. Zul ini, Isteri saya (Pn. Che Mah) telah memasakkan 7 jenis hidangan berasaskan cendawan iaitu:

1) Sup Cendawan Meletup
2) Nasi Goreng Udang Cendawan
3) Black Pepper Ayam Bercendawan
4) Satay Cendawan Sedap
5) Crispy Cendawan Rangup
6) Samosa Berinti Cendawan
7) Roti Sandwich Keju Berinti Cendawan

Kami juga ada menawarkan 2 jenis kursus untuk bakal-bakal peserta iaitu :

a) KURSUS PRAKTIKAL A-Z
b) KURSUS MASAKAN BERASASKAN CENDAWAN

a) KURSUS PRAKTIKAL A-Z
- Adalah kursus untuk menghasilkan cendawan dari proses membuat beg hingga memetik hasil.
- Kursus ini 100% praktikal
- Diajar di ladang tanaman cendawan dan lebih realistic
- Peserta juga boleh mendapatkan material untuk setup biz ini dari kami.
- YURAN penyertaan : RM200
- Sijil penyertaan, CD tanaman cendawan, handout dan makan minum disediakan percuma

b) KURSUS MASAKAN BERASASKAN CENDAWAN
- Peserta akan diajarkan cara-cara memasak cendawan dengan betul.
- 7 jenis hidangan cendawan akan diajar semuanya.
- YURAN penyertaan : RM350
- Sijil penyertaan dan makan minum disediakan percuma

Jadi, kepada mereka yang berminat untuk meyertai kursus tersebut bolehlah datang ke ladang kami atau menghubungi kami dengan segera untuk pendaftaran. Kami tidak mengambil deposit. Anda datang baru bayar yuran.